Seperti biasa, apabila tiba cuti sekolah...dalam diari Fini adalah ke Terengganu. Huhu....selagi program KPLI-KDC ni tak abis :) Takpe...tak lama lagi dah. Nanti tak dapat pula nak pi Terengganu lagi. Erm, ye ke? Selagi org tu bertugas kat sana, leh la pi Terengganu lagi, kan? :)
Sepupu Fini yang mudah 5 hari dari Fini ni...potong queue Fini. Org yg bertunang dulu, dia nikah dulu. Perkara yang baik dan tiada komitmen (tak terikat) bolehlah disegerakan. Zaman sekarang, ramai yang tak bertunang, terpulang kepada keluarga masing-masing. Sepupu Fini ni yang lelaki, anak Pak Itam Fini (abang mak Fini). Dok kat Taman Pertama, Lipis. Pengantin perempuan ni pula anak kepada sepupu Fini yang berlainan nenek. :) Arwah Tok Uda Busu pernah berkahwin dgn org lain sblum arwah Wan Fini yang bernama Zaleha. Kiranya dua-dua saudara Fini la.
Tiba di Lipis pada petang 11 Jun yang lalu dari Terengganu. Fini tumpang kereta Kak Siti Aishah lalu ikut Jerantut-Lipis sbb kami nak ke Jengka. Dah lalu dah sekolah Cikgu Saril kat SK Mela. Sekolah betul-betul tepi jalan.
Fini tak terus balik Bentong dr Lipis memandangkan nak menghadiri majlis sepupu. Kiranya jadi rombongan pihak lelaki ke Kg. Batu Balai, Jerantut pada malam pernikahan mereka.
Majlis akad nikah - Jumaat 12.06.2009
Keesokkan harinya, Sabtu...kami dari Lipis ke Jerantut sekali lagi. Majlis kenduri di pihak perempuan. Majlis ni 2 dalam 1. Abang kepada Azirah ni dah berkahwin dengan orang Perak pada 6 Jun yang lalu...jadinya di Jerantut ni menyambut menantu la. Tu yang sepupu Fini ni ekspres jadinya...keluarga pihak perempuan nak buat sekali dengan abang Azirah. :) Apa-apa je la Azi.
Minggu ni pula, kami sekali lagi balik ke Lipis. Semalam, 20 Jun...mak Ngah Jama (isteri sepupu mak Fini) menyambut menantu. Orang Lipis juga pengantin perempuannya. Selesai je ke kenduri mak Ngah, kami ke rumah Pak Itam pula sbb malamnya ada majlis tahlil.
Pagi tadi, sebelum majlis menyambut menantu..ada marhaban. Anak saudara sepupu ni baru berumur 3 bulan lebih. Nur Iman Nasuha, cucu Pak Itam yang kedua selepas Zafira (anak arwah Kak G).
Tahniah kepada Azi & Azirah. Semoga perkahwinan berkekalan dan berbahagia ke akhir hayat serta dikurniakan zuriat yang soleh & solehah. Tahniah, dengar khabar Azirah dapat tawaran melanjutkan pelajaran untuk mendapatkan ijazah.
Kak Yang sepupu Fini merangkap jiran dekat Bentong. Rumah kami selang sebuah rumah je. :) Dok menolong mak Cu mencedok lauk. Lama tak jumpa Cu, sbb dok jauh nun di utara. Bulan 12 ni, Cu balik lagi ye :)
Inilah sepupu Fini yang semua org ckp kecik lagi. Ee, dia selalu perasan dia muda. Tak aci betul. Ye la, dia kecik molek, semua org ingat Fini lagi tua dari Kak Olah ni. Huhu, sedih tau. Kalau la dia baca ni, sure makin mengada-ngada sukanya. Haha, sowi ek Kak Olah, Fini bergurau aje. Tapi betul kan? Bila pula turn Kak Olah ni? Bila ditanya selalu soh Fini carikan, mana Fini pandai. Sendiri pun tak mencari, erm...ye ke? :)
Bergambar kenang-kenangan. Keluarga Beh (mak Fini) tak cukup 1 family. Hisyam & family takde...Hisyam ada kelas weekend..tak dapat attend. That's why la, mine kena Disember..InsyaAllah...supaya adik-adik dapat ada semua..semua pun ada komitmen nak further studies, saya pun dok abis lagi. Cik Farhana..erm, Pn. Farhana...tak baik tau ngusik saya lagi kat maktab..bawa bertenang..pejam celik sekejap aje :) Mentang-mentanglah dia dah selesai. Pi JB nanti, tak nak bawa saya sekali ke En. KU? Haha. Nti Pn. Farhana marah ek? Bergurau aje :) Jangan marah.
Fini, keciwa kan lambat habis..errr ke Fini dh tau kite akan habis lambat? BIla tarikh yg Fini dpt utk KISSM & BTN? Maktab Ipoh semuanya mcm blur je..sebab kiotrg ada 1 kelas je kat sini. Kwn kiorg ada yg kawin masa cuti hujung minggu cuti hari tu..kesian dia..kelam kabut dgn kawin+kelas+asgmnts.
Maktab saya 2 kelas (38 org). Saya dpt tau tarikh utk KISSM 1-17 Sept dan BTN 21-25 November. Tu la, nak wat camne..tp dah mmg standby je tarikh akan berubah ms org ckp abis bulan 8.
4 comments:
Fini, keciwa kan lambat habis..errr ke Fini dh tau kite akan habis lambat?
BIla tarikh yg Fini dpt utk KISSM & BTN?
Maktab Ipoh semuanya mcm blur je..sebab kiotrg ada 1 kelas je kat sini.
Kwn kiorg ada yg kawin masa cuti hujung minggu cuti hari tu..kesian dia..kelam kabut dgn kawin+kelas+asgmnts.
Salam Cikgu Ili,
Maktab saya 2 kelas (38 org). Saya dpt tau tarikh utk KISSM 1-17 Sept dan BTN 21-25 November. Tu la, nak wat camne..tp dah mmg standby je tarikh akan berubah ms org ckp abis bulan 8.
Slam Cikgu Fini yang diingati selalu :p ermmm lama tak ke sini.. kat sini pun sepi jer ek.. mesti sibuk tu..
ermm seronok tu gi kenduri kawin... meriah kan..
Salam enKasawari.
Fini menyepi ek? Sibuk tu, tak la sangat..cuma dh dok kat ngan sek..hujung minggu balik umah, mata pun x mcm dulu leh ngadap skrin lelama :)
Fini pun dh lama tak jengah AnA si dua beradik tu..bila nak tambah A lagi.
Post a Comment